About Her # WARNING! She loves to smile, an easy going and love to makes friend.Soo.. BEWARE!
Hates # To hurt someone's feelings.
Loves # Her love ones.
ATTACHED TO
Y Friday, March 03, 2006
Mengenai diriku... Aku lebih suke mendiamkan diri tentang perkara yang aku tidak suke mengenai sesuatu dan sering bersikap beralah sehingga orang sering memijak kepala aku.Walaupun ramai pernah berkata "emi kau mesti bertegas jangan kasi orang pijak kapala kau,hingga kan orang ketawakan kau, kau lagi boleh berdiam" Ya. memang benar kata mereka tetapi aku sendiri tidak tahu bagaimana harusku jelaskan. Aku sebenarnya malas hendak bertengkar tentang perkara yang padaku hanya perkara remeh.Dengan itu, aku hanya beralah.Aku baru sedar tentang perkara ini setelah ditegur oleh seseorang.Dia menasihati aku agar jangan berbuat demikian kerana takut akan berlakunya perkara yang tidak dijangka nanti.Walaupun aku ingin membantah kata-kata nya .Tetapi apa kan jua kata-kata nya memang benar belaka.Aku teringat akan putus persahabatan antara aku dengan si dia.Kami telah berkawan selama 4 tahun sejak menengah satu.Kini gambar-gambar kami berdua,peristiwa manis ataupun pahit hanya memori rindu.Walaupun aku pernah berhasrat untuk berkawan dengan nya semula.Tetapi aku hanya bertepuk sebelah tangan.Dia sering menunjukkan wajahnya yg selamba.Kerna itu aku selalu terbantut untuk memberitahunya.Mungkin aku dan dia ditakdirkan agar tidak berkawan rapat.Kenangan hanya tinggal kenangan.Apakan daya masa tidak boleh berputar balik.