Y
Saturday, May 27, 2006
Suara hati...
Mengapakah aku sering takut apabila aku ingin menyuarakan hasrat di hati?
Mengapakah lidahku kelu semasa aku ingin berkata-kata padamu?
Mungkinkah aku tidak berani mengecilkan hati seseorang itu?
Kemungkinan begitu, kau harus memahamiku.
Fahamilah keadaanku yang lebih suka memendamkan perasaan dari berkongsi.
Maafkanlah daku sekiranya kelakuan aku ini membuat dikau marah dan sering berteka-teki, Sesungguhnya aku tidak sengaja untuk berahsia denganmu, cuma diri ini terlalu kerdil dan aku sering berasa diri aku ini tidakdiperlukan oleh sesiapa sahaja.
Siapalah aku ini dibandingkan orang lain.
Aku hanyalah insan yang memerlukan perhatian dari seseorang yang sungguh istimewa terhadapku.
Dengan itu, aku sungguh bersyukur kerana aku telah diperkenalkan dengan seorang pemuda yang amat ku sayangi,Zul.
Kepadanya jugalah aku telah perlahan-perlahan melupakan kenangan silam aku bersama si Dia.
Engkaulah penghibur hatiku. Senyuman mu yang begitu menawan membuatku tergoda.
Setiap perkataan yang kau keluarkan dari bibir manismu tidak aku hiraukan.
Bulu matamu yang lentik membuat hatiku berdegup menambahkan lagi wajah yang manis .



please believe me again at 7:15 AM